Musabaqah Peringkat Negeri Johor

25 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Ogos 2020, bertempat di Sekolah Agama Paya Jakas, telah berlangsung Pertandingan Musabaqah Peringkat Negeri Johor bertujuan untuk menggalakkan para pelajar menghayati dan mendalami gaya hidup Islam di dunia yang serba moden kini. Pertandingan Musabaqah ini adalah pertandingan di antara sekolah-sekolah agama di Negeri Johor. Antara pertandingan yang diadakan adalah pertandingan bercerita, pertandingan pidato, pertandingan menghafaz ayat Al-Quran dan lain-lain lagi. Disamping itu juga, Pengurus Pusat Ekonomi Digital Paya Jakas juga menghebahkan dan mewawarkan tentang kelas tambahan secara percuma iaitu eKelas yang dianjurkan oleh Maxis. Dengan adanya eKelas ini dapat meningkatkan tahap keyakinan diri para pelajar dan sekali gus dapat menambahkan ilmu pengetahuan secara digital. Di antara yang terlibat adalah pelajar sekolah, guru-guru, ibu bapa dan Pusat Inetnet Paya Jakas.

Perjumpaan ini berlangsung selama 5 jam bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 2.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali